- ...
- Rabu, 21 Mac 2012 SRI Kiblah telah dilawati dan dikunjungi oleh pihak peman...
- Khamis, 8 Mac2012 Rombongan murid tahun 1 dan 2 SRI Kiblah telah mengadakan...
- 2 - 4 Februari 2012, telah berlangsungnya Kem Motivasi anjuran bersama Seko...
- AHAD, 15 Jan 2012 - Majlis Watikah Pelantikan merupakan majlis tahunan yang...
Portal SRI Kiblah Kota Bharu
Lawatan Pegawai Pemantau SKIPS
Rabu, 21 Mac 2012 SRI Kiblah telah dilawati dan dikunjungi oleh pihak pemantau SKIPS 2012. Rombongan itu diketuai oleh En Che Malek bin Yaacob (Unit Pendidikan JPN Kelantan ) bersama tiga pegawai lain iaitu Pn Hjh Siti Norina binti Muhamad ( Ketua Unit Pendidikan Swasta JPN ), Pn Roshayani binti Yahya ( Penolong Pengarah JPN Kelantan ) dan En Saupi bin Mat Zain ( Penolong Pegawai Pendidikan Swasta PPD Pasir Puteh ).

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memantau dan menilai Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) supaya pengurusan dan pentadbiran sekolah serta P&P berjalan dengan lancar dan tidak ketinggalan. Pengfokusan pemantauan SKIPS adalah seperti berikut :
a) Kriteria Pengurusan
b) Kriteria Pendaftaran
c) Kriteria Kurikulum
d) Kriteria Pengajaran & Pembelajaran
e) Kriteria Pengurusan Penilaian / Peperiksaan & Kecemerlangan Akademik
f) Kriteria Pengurusan dan Pembangunan Guru
g) Kriteria Pengurusan Kesihatan Murid
h) Kriteria Disiplin
i) Kriteria Piawaian
j) Kriteria Kokurikulum / Pencapaian Kokurikulum ( 2009-2011)
k) Kriteria Kemenjadian Murid
l) Kriteria Kebersihan dan Keceriaan

Rombongan disambut oleh guru besar dan beberapa guru lain. Kemudian rombongan tersebut di bawa ke Bilik Gerakan SRI Kiblah.
Kami warga Kiblah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kunjungan itu. Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas komen-komen dan cadangan positif yang diberikan bagi tujuan penambahbaikan sekolah ini.
Lawatan Tahun 1&2 2012
Khamis, 8 Mac2012 Rombongan murid tahun 1 dan 2 SRI Kiblah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kraftangan Malaysia, Jalan Kuala Krai, Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok dan Pantai Irama Bachok. Jumlah murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah seramai 82 orang dan diiringi oleh 7 orang guru.
Kem Motivasi SRIK & Alumni MTS 2012
2 - 4 Februari 2012, telah berlangsungnya Kem Motivasi anjuran bersama Sekolah Rendah Islam Kiblah dan Alumni MTS. Kem ini adalah pertama kali diadakan pada tahun ini.
Watikah 2012
AHAD, 15 Jan 2012 - Majlis Watikah Pelantikan merupakan majlis tahunan yang diadakan di SRI Kiblah. Majlis ini merupakan majlis penyerahan tugas kepada para pengawas, pengawas perpustakaan, ketua & penolong kelas dan Kelab Usahawan Muda. Majlis diadakan di masjid sekolah berikutan hari hujan.
Tamrin Qiadi 2012
SABTU,14 Jan 2012 - Program Tamrin Qiadi merupakan program kepimpinan pelajar Sri Kiblah. Seramai 80 orang pelajar yang terlibat antaranya pengawas, pengawas perpustakaan, ketua&penolong kelas dan Kelab Usahawan Muda. Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pemimpin sekolah ini tentang tanggungjawab mereka di sekolah.
Artikel lain...
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL
AKTIVITI TAHUNAN 2010
Cuaca




Pautan Pantas
Daftar Masuk
Masa
Kata-kata mutiara
Waktu Solat
ruangan sembang
Bilangan Pelawat






![]() | Hari Ini | 132 |
![]() | Semalam | 266 |
![]() | Minggu Ini | 132 |
![]() | Minggu Lepas | 3103 |
![]() | Bulan ini | 6004 |
![]() | Bulan Lepas | 6829 |
![]() | Keseluruhan | 72172 |
IP Anda: 38.107.179.211
,









